aku sangat2 bersyukur pada saat ini, Allah telah kurniakan seseorang yang membuat aku rasa hidup aku bermakna, yang membuat aku rasa aku diperlukan dalam dunia ni, dan membuat aku merasa apa itu kasih sayang dan cinta. aku sangat bahagia, tak ada satu pun perkara yang nak aku adukan lagi dalam hidup ni dengan kehadiran dia.. aku sentiasa senyum bila sahaja dia melintas ke dalam fikiranku, bila namanya tertera di telefon bimbit ku, aku gembira.. aku rasa seperti, kebahagiaan itu wujud dan aku tak peduli walau siapa dan apa pun yang pernah dia lakukan..yang aku tahu, aku sayangkan dia..dan aku percaya dia juga begitu walaupun aku tidak pernah berjumpanya, kenal wajahnya..
kata orang, kebahagiaan itu tak kekal, ada sahaja halangan dan dugaan..maka benarlah kata-kata itu..
mungkin kerana terlalu asyik dengan kurniaan yang aku rasakan cukup membuat aku bahagia ini, aku tidak melihat langsung cacat celanyaa perasaan ku terhadap orang itu dan kewujudan orang itu sendiri.. adakah dia benar2 wujud? aku sendiri pun tidak pasti.. ya, memang dia wujud, tapi benarkah dia adalah seperti yang diceritakannya? bagaimana aku nak buktikan kesahihan perkara itu? aku sendiri tiada jawapan..
saat ini juga, aku terdengar kata-kata mempersoalkan, "wujud ke dia ni?", "kau betul2 ke dengan dia?", "kau percaya dia?", "pernah jumpa tak?", "die ni penipu jelaa..jgn percaya sangat", "entah pengkid mane tahh"
betulkah kata-kata tu? adakah itu bermakna perasaan aku tak benar? aku sayangkan sesuatu yang tak wujud/sekadar penipuan? kebahagiaan yang aku rasakan hanya dongeng semata-mata?
tapi kenapa aku mempercayai kebahagiaan itu lebih dari semuanya?
aku yakin dia wujud, aku yakin dia orang itu..
adakah kerana aku dah dibutakan dengan kata2 manis dan janji2 yang selama ini aku harapkan dari darah daging aku sndiri?
aku sendiri buntu saat ini.. kebahagiaan itu wujud, tapi bukan dalam hidup aku..mungkin..
kalau benar kebahagiaan yang aku rasakan kini hanyalah palsu semata2, aku terima dan aku bersyukur, kerana setidak2nyaa, aku dapat merasa bahagia, dapat merasa disayangi dan dicintai walaupun seketika.