kerja semasa cuti sem :D

salam, hope semua readders sihat2 n okayy semuanyaa :)

hee, dahh lama xupdate blog, hee, bukak2 je blog, tgk kawan2 sume citer pasal kerja dorangg, so jas pun nakk la share jugak, hehe. nyibuk ajee. :p

alhamdulillah laa, jas pun dapat jugak kerja untuk cuti sem ni, cuti pun sebulann lebih, dapat laa kumpul duit untuk bayar umah sewa nnti, almaklumlahh tak dapat kolej kan sem depan, hee.

nasib baik ada kawan boleh tolong msuk tempat kerja ni, hehe. kerja ni bagi jas xdalahhh memenatkan sangatt pun, cuma kerja yang jas buat ni memerlukan jas banyak3 bersabar dengan karenah customer yang kadang2 agak melampau sikitt, pastu kene buat sale, the rest xde masalah sangatt.. tambah2 bila dapat gaji, mesti senyum jee..hehe.

jas kerja kat p1 WiMAX, hee. sebagai SALES CONSULTANT. nama bukan maen gempak ag, hehe. bukan salesman ehh, jauh beza tuu.. kitorg xpksa customer beli, just explain2 n consult sahaja, tanak beli, it's okayyy :)

hee, kalau mcm jas, xconfirm, gaji basic 9++. tu belum tambah dngan komisyen and OT. harap2 dapat buat banyak duit laa keje ni. siap sempat online ag, update blog ag, hehe. :p

ok, lahhh, nnti jas update lagii, chow :DD
aku sangat2 bersyukur pada saat ini, Allah telah kurniakan seseorang yang membuat aku rasa hidup aku bermakna, yang membuat aku rasa aku diperlukan dalam dunia ni, dan membuat aku merasa apa itu kasih sayang dan cinta. aku sangat bahagia, tak ada satu pun perkara yang nak aku adukan lagi dalam hidup ni dengan kehadiran dia.. aku sentiasa senyum bila sahaja dia melintas ke dalam fikiranku, bila namanya tertera di telefon bimbit ku, aku gembira.. aku rasa seperti, kebahagiaan itu wujud dan aku tak peduli walau siapa dan apa pun yang pernah dia lakukan..yang aku tahu, aku sayangkan dia..dan aku percaya dia juga begitu walaupun aku tidak pernah berjumpanya, kenal wajahnya..

kata orang, kebahagiaan itu tak kekal, ada sahaja halangan dan dugaan..maka benarlah kata-kata itu..

mungkin kerana terlalu asyik dengan kurniaan yang aku rasakan cukup membuat aku bahagia ini, aku tidak melihat langsung cacat celanyaa perasaan ku terhadap orang itu dan kewujudan orang itu sendiri.. adakah dia benar2 wujud? aku sendiri pun tidak pasti.. ya, memang dia wujud, tapi benarkah dia adalah seperti yang diceritakannya? bagaimana aku nak buktikan kesahihan perkara itu? aku sendiri tiada jawapan..

saat ini juga, aku terdengar kata-kata mempersoalkan, "wujud ke dia ni?", "kau betul2 ke dengan dia?", "kau percaya dia?", "pernah jumpa tak?", "die ni penipu jelaa..jgn percaya sangat", "entah pengkid mane tahh"

betulkah kata-kata tu? adakah itu bermakna perasaan aku tak benar? aku sayangkan sesuatu yang tak wujud/sekadar penipuan? kebahagiaan yang aku rasakan hanya dongeng semata-mata?

tapi kenapa aku mempercayai kebahagiaan itu lebih dari semuanya?
aku yakin dia wujud, aku yakin dia orang itu..
adakah kerana aku dah dibutakan dengan kata2 manis dan janji2 yang selama ini aku harapkan dari darah daging aku sndiri?

aku sendiri buntu saat ini.. kebahagiaan itu wujud, tapi bukan dalam hidup aku..mungkin..
kalau benar kebahagiaan yang aku rasakan kini hanyalah palsu semata2, aku terima dan aku bersyukur, kerana setidak2nyaa, aku dapat merasa bahagia, dapat merasa disayangi dan dicintai walaupun seketika.

11Jun2011

today i get to know that he's not the person in fb..
and that hurt me so much..a lot.. :'(

i can't think, i don't know how to react.. he act like it was nothing.. keep saying sorry thousand times without giving any explanation..

thankyou so much, you did well in fooling me, making me look extremely fool to my friends i guess.. but that is the problem..i've love you, i chose to trust you, and it's my fault..

i dunno how to feel anymore.. i'm afraid of being fool again.. :(

6 May 2011

hoyeahhh. another story yg agak menyakitkan hati.

he said he accompany his 'BELOVED adik angkat' kat umah masa last day paper adik angkat die tuu..
great sgt3.. memg best, bagus, prihatin sungguh.. -_____-

hee, aku mcm biase laa, cover jee ketidaksabaran n kegeraman aku.. mana boleh nak meletup, cool2.. :p biasa laa tu abg angkat tman adik jap.. then die ckp, die duk luar umah je.. haha, saje jee nak meng'test' aku ehh..

xpe2, xyahh nak melatah sgt..die baru bf jee, bukan suami ekau punn.. buat tatauuu sudahhh~~
die nak teman adik angkat ke, kakak angkat ke, bio jelahhh..xde kene mengena ngan aku pun..

-_____-

perasaan berubah2.. hmm~

okayy, dah agak lama x update entri baru kat blog ni.. hmm..
kali ni aku nak ckp pasal cinta2 ni~
ape yg bagus sgt, ape yg best sgt cinta ni? smpai ade yg boleh ckp "aku nak boyfriend laa", "aku nak kapel" n so on yang sewaktu dengannya.. kdg2 bila diorg ckp mcm tuu, aku blas jela, ape benda je ade kat cinta tu, melalaikan jee.. :p padahal xsedar diri sendiri bercinta, haha :p

okayy, the point here is, love..means NOTHING. love means..HURT. time happy, memg laaa berbunga-bunga hati tuu haaa, senyum smpai ke telinga..siap kene menganjing pe sume.. haha~ cuba kalau time dingin je tuu, huh~ sakitnyee hati rasa mcm nak bunuh diri pun ade..

the truth is.. aku sendiri masih xpercayakan bnda2 ni.. yes, once memang aku hampir percaya, cinta tuu wujud, memg, cinta tu wujud, indah sgt3 bila rasa diri dihargai, dicintai.. tapi, sekali disakitkan, sekali kepercayaan tuu dihancurkan.. susahhh sgt3 untuk percaya n cinta seadanya..

aku sendiri tatauu sama ada die tahu kewujudan blog ni atau tidakk.. let it be, aku da tatau nak percaya kat siapa lagi dahh, mintak rhsiakan bnda kcik pun susahh.. haihh..

kepada si dia:
ingat org pernah ckp, jgn berharap sgt ngan org n jgn anggap bnda ni serius? bnyak kali org ckp mcm tuu, tp die xhabis2 ckp die anggap bnda ni sgt3 serius.. ok fine.. then ade satu masa, masa tuu err..kite agak laa dingin, n u said, jangan menaruh harapan yg tggi kat die, kan? starting from that moment, org da cakap dgn diri sendiri, relationship kita ni..just untuk pengalaman orang je.. whatever happens, biar jelaa.. kalau u really are that person, ARMM, then continue je, and tgk la ape jadi, kalau ade jodoh adelaa, kalau x, xlahh.. but if you're just pretending to be ARMM, then bye2~

org xnak anggap relationship ni serius n xharap apa2 pun dari relationship ni.. memg diakui, syg sgt3 dekat die, whenever u do something yang buat org sakit hati, seriously, rasa nak menangis, rasa kecewa n so on.. skrg, org faham ape yg mama rasa dulu.. n org taknak bnda yg sama berulang lagi, cukup sekali hati ni dahh sgt3 dikecewakan oleh insan bernama lelaki, insan yang dulu mama syg sgt3, tapi skrg, insan tu yg paling mama benci.. perasaan tu sakit sgt3.. setiap kali, everytime u hurt me, org akan ingat setiap bnda yg pnah jadi kat mama.. bnda tu mcm jadi kat diri sendiri pulak..

bila air mata ni jatuh, it means, i'm really hurt.. bukan saja2, sia2 nak jatuhkan air mata ni.. please laa, jgn mintak bnda yg org tak suka.. jgn nak cabar sgt diri org ni.. die selalu ckp org selalu cbr kesabaran die? tp bila tnya apa bndanya, die taknak ckp.. xpernah sekali pun terniat nak cabar ape2.. jgn buat words 'i love you' tuu terlalu murah kat mulut ni, it will be meaningless.. dekat mama pun, org susah sgt nak ckp org syg die, walaupun org syg die sgt3.. lebih dari ape pun atas muka bumi ni..

-end-

dilemma

who are you really?

what are you really?

what is the truth?

is it really you?

or it's not you? but someone else?

too many questions, too many thoughts, too many assumptions.

i just wish it really is you.

what if i disappear? will you find me?

if you really are that person, i do hope you find me..

if I'm disappear..

janji?



Ape yang ade dengan janji?
Kenapa bila die berjanji, aku percaya, aku rasa gembira?
Tapi.. kenapa, kdg2 die masih buat perkara yg die janji xkan buat dahh?
Kalau xboleh janji, jangan lah janji..

COZ WHEN YOU BREAK YOUR PROMISES, IT HURTS..

nak marah, tapi aku xde hak..
aku nak elak dari bergaduh, kdg2 geram sgt3 pun, aku buat2 hepi je..

maybe aku je kot yang sensitif sangat...

p/s:ni bukan aku ye, meletopp kalo aku pakai mcm ni, haha~ :p
hiasan semata2 :D


Kerana Aku Seorang Wanita..

jika engkau menjadi yang halal bagiku,
maka..

bimbinglah aku,
basahkan lidahku dengan sama-sama mengalunkan ayat al-Quran,

perhiaskan akhlakku,
ajarkan aku sifat-sifat terpuji halang aku dari melakukan kemungkaran,

peliharalah aku,
ajarkan aku batas-batasku dan lindungi aku dari sebarang ancaman,

sayangi aku,
capai tanganku saat aku lemah dan kesat air mataku saat aku menangis,

kerana sesungguhnya, 
sekuat mana pun kau melihat peribadi aku, 
aku tetap manusia yang lahir dari tulang rusukmu,
aku tetap insan yang lemah,
hati aku amat rapuh dan air mataku mudah jatuh..

KERANA AKU SEORANG WANITA..



buat perangai?

ngehehe.. saje2, xde koje.. haa, nak mengupdate laaa blog aku yg dah ade bnyak bebenor sarang spider ni haa, nak beranak-pinak agaknye..

tajuk entri kali ni, err.. xde kene mengena sgt laaa ngan life aku.. ehh, ADE SEBENARNYA. haha :p
tapi, mungkin laaa kan berkaitan sikit ngan life aku.. tajuknya.. jeng..jeng..jeng..

BUAT PERANGAI!



haa.. itu dia.. bukan ape.. aku paling menyampah laaa sgt3 kan, kalau ade something yg jadi tuu, seseorang tuu terus tarik muka ketat, n xcakap ape kejadahnyaaa sebab die mcm tuu, pastu xpasal2 nak dingin ngan org lain.. kome ingat muka kome comel mcm kucing buat mcm tuu?? kucing je comel, kome takkk. haha~

emm, mcm ni sebenarnya. aku pun bukanlahh perfect sgt nak mengajar org kann.. bnyak salah, bnyak dosa jugakk, tapi, pokok pangkalnye laa, kalau ade ape2 yang tak puas hati dekat sape2 tuu, kalau rasa mcm ade someting wrong somewhere*(pehh, ayat nak gempak jee! haha~), trus laa musyawarah.. kiranya mcm, terus laa jumpa org berkenaan n ckp kat die, xpayahh nak tarik muka kelat segala bagai..

tambahan pulak kann, kalau kome tuu ade tokok tambah itu ini, citer kat org lain. memg A+ laaa~
dpt kat aku, kasi lempang terus~ haha..

bile buat mcm tuu, diri sendiri jugakk akan hilang kwn, ingat buat perangai, tarik  muka pe sume, taknak bercakap bile ade ape2, bagus sgt laa? porahh~
tgk laa, sorg demi sorg kwn korg akan hilang kalau teruskan perangai mcm tu.
tamat~

A.R.M.M.

A.. insan yg memg aku xsgka laaa boleh muncul dalam hidup aku. kalau nak diikutkan, langsung laaa xde ciri2 lelaki yg aku nak kat die.. jauh laaa sgt2~ haha.. A pernah tnya aku, ciri2 lelaki yg aku suka, tapi aku mengelak.. :p

aku cakap kat sini laa, bukan dia tauu pun. haha~ memg laa, aku taknak sesiapa pun, tapi ni konon2 jee, kalau org tnya ni laa yg akan aku jwb.. aku nak lelaki yg alim..yg boleh bimbing aku, ajar aku.. aku nak dia faham aku, sentiasa dengan aku, xpanas baran, softspoken, bukan lembut okay! haha~ haaa, paras rupaa tuu, tgk jugak laa, haha, bajet mcm aku lawa sgt jee. :p

apa yg bakal aku tulis ni, perasaan aku yg sebenar2, sejujur2nyaa pada A, yg tak pernah aku mengaku kat sesiapa pun..

ciri2 tuu memg lain habis laa dgn A, tapi..err..A lah lelaki pertama yg betul2 ketuk pintu hati aku ni.. setiap kali chat dengan dia, kalau aku marah, atau die buat aku marah, hati aku akan berdebar2.. selama ni xpernah pulak mcm tu..

aku happy setiap kali chat dgn dia.. ckp2 dia.. memg laaaa sweet.. haha~ playboy kan dulu.. haha~
die caring sgt2, kdg2 tuu smpai annoy kwn2 aku. haha~ aku x sgka laa dapat merasa pengalaman disayangi org smpai mcm ni.. syukur sgt2 pada Allah sebab bagi aku rasa perasaan mcm ni.. :')
sebab perasaan dia memg indah sgt3..

aku percaya dia betul2 berubah kepada sesuatu yg lebih baik.. mungkin sebab yg paling utamanya aku.. tapi, aku taknak mcm tu.. memg dulu, kehidupan dia teruk sgt3, tapi kalau dia nak berubah, boleh je.. syukur laa A sebab Allah pilih A untuk sedar dan berubah.. sekarang ni aku pulak rasa mcm nak terpesong..hmm..

apa2 pun, you are something and someone to me. aku xboleh nak nafikan, memg dia agak meruntuhkan hati keras aku ni, haha~ dia ckp, die panas baran, ego tggi, susah nak mintak maaf walaupun memg salah dia. tapi, dengan aku.. dia lgsung xtunjuk semua tu.. dia yg selalu mengalah, selalu mintak maaf.. aku selalu menguji kesabaran dia.

sebenarnyaa, memg sengaja aku buat dia mcm tuu. tujuan aku masa mula2 kenal dia dulu, nak kembalikan die ke pangkal jalan je, aku rasa aku dah berjaya buat tuu. jadi, tugas aku dah selesai. aku taknak apa2 lagi yg lebih dari tuu.. tapi, aku terlambat, sebab aku sendiri pun dah sygkan dia sebenarnya. tapi, xkira laa, sekarang ni, memg aku sengaja timbulkan pergaduhan setiap kali sembang, aku nk dia bnci aku.. lpas tuu, pergi dari hidup aku. hidup dalam keadaan yg lebih baik. dengan keluarga dia. keluarga dia sygkan dia, cuma dia tak nampak tuu..

memg aku syg dia, dia selalu ckp dia syg aku.. aku nak sgt balas yg aku pun sygkan dia, tapi, aku xmampu nak ckp.. aku sygkan dia, sgt3. aku dapat bygkan dia tenangkan aku bila aku menangis, lap air mata aku, usap bahu aku.. pelik kan?haha~ tapi memg itulahh yg aku rasa. tapi, tak boleh. aku taknak dia terlibat dengan hidup aku yg serabut ni.

aku berkeras sgt taknak jumpa dia.. sebab aku taknak, nanti makin meleret2 pulakkk kisah aku ngan dia ni. cukup smpai sini..

..dia..

haha. sebelum apa2, aku tak pernah sgka akan wujud 'dia' ni dalam hidup aku. haha~
'dia' tuu means ade kena mengena dengan 'love' laaa. haha~
sebab, selama ni aku pikir aku xkan terlibat laaa dengan soal2 hati ni, merepek jee. haa, sekali amek kau, ckp besar sgt, termakan ckp sendiri. haha~

ok.. nak bgtauu nama betul memg xlaaa kan, haha. kite panggil dia err.. A jelahh.
okayy, A ni aku kenal kat laman sesawang je.. haha, kat mana, biarlahh rahsia. aku xpernah jumpa, 100% contact kat alam siber jee, cewahhh. haha.

masa mula2 die jadi kwn aku tuu, memg aku tak pikir ape2 laa, biase laa tuu, nk jadi kwn kat alam siber kan, haha~ mm, tgk muka kategori boleh tahan laa kan.. tapi dalam masa yg sama, entahh kenapa aku semacam dapat agak laa, life dia sosial, smoking tuu, sah2 laa, but yg worse of the worse club n drink? memg unacceptable laa.. and kalau dahh drink, girls for sure laa kan.. pakej dua2 tu..

emm, tuu, first impression aku pasal A. die jarang2 je online. sejak jadi kwn, xde lagi sembang2 ke ape, cuma dia rajin jugak laa melawat page aku.. haha~ then entah mcm mana, boleh chat. dahh chat tuu.. err.. baik sebenarnyaa dia ni..dlm hati aku, boleh aku saje gedik2 ngan dia, haha~ tapi knpa sosial? hmm. lepas tu, entah kenapa tergerak hati aku mcm nak nasihat dia.. yelahh, sesama Islam kan.. aku nasihat la, mula2 aku pikir, memg lepas ni kene block laa, tapi rupa2 nyaa tak. haha. dia terima dgn baik nasihat aku tu, alhamdulillah sgt2..

then, lepas tuu aku perasan, die rajin online. haha, selalu susah gilaa nak nmpak nama dia.. setiap kali online tuu, dia akan tgur aku, borak2 laa, mcm2 hal diborakkan.. dah lama2 tuu, makin mesra pulak.. haha :p
kitorg dah start share pasal hal peribadi, dia mula cerita pasal life sosial die, aku memg agak terkejut dgr, tapi aku cuba jadi pendengar yg baik, kwn yg baik.. Alhmdulillah laa, kalau betul apa yg dia ckp dengan aku, dia dah mula tinggalkan life sosial dia tu.. aku gembira, sebab nasihat aku tuu berjaya bwk dia ke kebaikan..

then, dah lama2 tuu.. makin mesra. dah start daa syg2.. dear2.. yg aku pun melayan, haha. sebab masa tuu kitorg main2 je.. aku memg x anggap serius langsung laa. satu hari aku buat laa in a relationship, sebab psiko tempat kerja lama kacau aku semula. A ckp congrats.. haha~ sengal~ aku cerita la hal yg sebenar.. japgi tiba2 die suh aku check request, relationship request. aku mcm terkejut sbnrnyaa. gila ke apa dia ni, haha~ tapi, deal punya deal, aku pun accept jela.. tapi aku ckp ngan die, jgn anggap serius relationship ni, sebab aku memg xkan aggp serius, hee.. masa accept tu pun, aku x pikir sgt..

tapi, sape tahuu? relationship tuu betul2 bagi kesan pada aku..

..taknak sesiapa dalam hidup..

ade sebab kenapa aku taknak sesiapa dalam hidup aku. bukan saja2.. cukup laa aku dahh syg kan ahli keluarga aku, tapi.. entahhlaa, aku rasa mcm diorg xsygkan aku dan xnakkan aku pun.. mungkin aku yang tak faham cara diorg syg aku kot.. entahh laa.. AKU SYG MAMA, PAPA, HAFIZ, ADIK! fahammla satu benda tuu, aku nak korang tauu tu.

aku takkan terima sesiapa sebab, aku tak layak untuk sesiapa. diri aku sendiri, xlayakk pun org nak syg. aku xboleh jadi anak yg baik, kakak yg baik. xlayakk untuk sesiapa pun syg. biarlahh org nak ckp aku EGO pun. okay, aku terima je.

kadang2 tuu memang ada perasaan, nak org syg aku, masa aku menangis, aku nak ade org yg tenangkan aku, ade org yg boleh usap bahu aku, lap air mata aku, peluk aku, tapi aku takkan dapat semua tu. xkan.. lagi pun, aku dah biasa menangis sorang2, aku pujuk diri aku sendiri, aku lap air mata aku sendiri.

diri aku, keluarga aku terlalu..complicated.. aku taknak seret org lain masuk ke dalam hidup aku yg serabut ni. biar aku tanggung sorang2 ape yg aku rasa. org lain xperlu rasa semua ni. sebab perasaan ada di tempat aku ni, sgt3 menyakitkan. dah xde ayat lain lagi yg boleh gambarkan pedihhnya hati aku, setiap kali dgr kawan2 cerita famili diorg mcm tuu, mcm ni.. caring.. aku cemburu sebenarnyaa. tapi, aku gembira sebab diorg xrasa apa yg aku rasa ni, aku tumpang gembira..

yg pasti, aku takkan terima sesiapa pun. aku taknak terima sebab aku taknak sakitkan hati aku sndiri nanti, aku taknak org2 yg aku syg pun terluka. kalau aku dah syg org tuu, aku betul2 syg. aku takutt.. aku takutt aku akan terlalu syg seseorang. sebab tuu kdg2 aku jauhkan diri dari org2 yg aku rasa mcm dah terlalu dekat dgn aku..

ckp lahh aku EGO ke ape ke. aku xpeduli.

2011

tahun 2011 bermula dengan sgt entahh laaa. haha~
malam new year, aku celebrate dalam bas, otw ke UiTM tersayang kann..

ouhh, forgot to tell. life selepas SPM, aku isi dengan kerja part-time, first kat supermarket jee.. kat situ, macam2 orang aku kenal.. sejak dari situ sebenarnya, aku dah mulaa berubah jadi berani dan semakin bergaul dengan budak2 lelaki.. budak2 lelaki kats situ, SUMPAH..teruk2 semua. GATAL, haha~ tapi, xdelaa smpai menyusahkan org lain perangai diorg tuu and hampir2 jelaa nak berkait ngan aku, nasib baik aku cepat sedar. :p

lepas da keje, aku dapat masuk UiTM, mulalahh aku hidup berdikari, kenal ramai kawan, kenal mcm2 org lagi, mcm2 yg aku lalui, memanglahh bnyak pglaman yg aku dpt dekat U.. semenjak dua menjak ade laptop ni, memg kerja aku FB jelaa kan.. haha :p

second time kerja kat kdai kcik jee, again, mamat2 kat sini, awal2 tuu aku pikir baik2 belaka, sekali.. 2X5 jee ngan tempat keje duluu.. tapi, kat sini, aku x ladies sgt, aku lebih kepada tomboy. haha~ sebab diorg semua kasar sgt, so aku pun terpaksa laa kasarkan diri. diorg ckp aku ni muka lembut, tapi ganas nak mati, kessah pulak aku? haha~

emm, ni lahh aku, dengan kawan2, aku sgt2 ceria, happy go lucky, but bila masuk rumahh.. aku bukan lagi diri aku yg kwn2 nampak kat luar. aku jadi sgt senyap, sgt diam, sgt err..mcm bodoh? aku pun tak taulah..
kalau ade tempat yg aku nak elak, tempat tu adalah rumah aku sendiri.. home 'SWEET' home? haha.. istilah tuu, xde bagi aku..

4Feb2011: 0205.
hari ni, da masuk 6 hari aku balik rumahh dan selama 4 hari ni, aku dilayan mcm org asing.. 2 hari pertama ok lagi, tapi selepas tuu.. semua tak kena.. aku pun tak tahu la.. selalunya, kalau jadi mcm ni, aku akan cari jalan n mcm2 mana punn, aku akan buatkan keadaan jadi baik semula, tapi kali ni.. aku mcm err.. diamkan diri je.. aku tak buat apa2. emm.. agaknyaa memg betul laa, hati aku dah jadi keras?

malam ni dah nak balik gerak ke UiTM, tapi dengan mama, sepatah pun aku x cakap.. aku taktauu ape yg dah jadi dgn aku.. selalunyaa senang je mulut aku ni bercakap kalau keadaan tegang, aku redha je kena maki ke, kena hina ke.. tapi kali ni, aku langsung xde perasaan nak bercakap.. salah aku ke? 4 hari aku  menangis dalam bilik.. siape2 pun xsedar..

selama 4 hari tuu jugak, makan aku entah ke mana.. kalau ada makanan, aku makan.. kalau xde, aku xmakan laa.. aku sedih sebenarnyaa mama buat mcm ni dengan aku.. kalau aku salah, ckp laa, jgn layan aku mcm org asing, seolah2 aku tak wujud dalam rumah.. tapi, xpe.. aku xpernah salahkan mama, semua salah aku..

memang selama ni pun, aku da tanam dalam diri aku, dalam dunia ni, aku cuma ada diri aku sorang je, aku xboleh harapkan sesiapa selain diri sendiri. sakit ke, ape ke, aku tanggung sendiri.
aku cuma harap, kalau ada salah apa2, mama maafkan aku. xpelahh kalau taknak ckp dengan aku smpai bila2 pun, asalkan mama bahagia.. aku sentiasa doakan kesejahteraan dia.

2000-2010 ( part 2 )

okayy. continue kat sini. emm, this time, it's kinda private, but, aku nak cerita jugak. it's about both my parents life before they know each other and get married. masa ni, papa and mama dah mula bergaduh dengan sgt2 teruk. ade masa, aku akan ikut papa, ada masa aku akan ikut mama. depends.

STORY ABOUT MAMA. sebelum kahwin dengan papa, mama pernah kahwin lain. but then, mama xkekal dengan orang tuu atas beberapa sebab, walaupun orang tu syg mama sgt2, tapi atas permintaan mama, orang tu terpaksa jugak lepaskan dia. so, selepas bercerai, mama dtg kL. dekat kL, mama mula kenal papa.

mama, kalau dah marah, atau bad mood, memang orang sekeliling akan kena tempiasnya. kdg2 tuu, aku terasa macam, bila dia nak marah kat papa, dia akan lepaskan kat aku, and kdg2 tu pada adik2. wallahualam.. bila dia marah, dia akan ckp ikut suka hati, kdg2 apa yg dia ckpkan tuu, pedih sgt2, tapi, aku diamkan dan aku simpan, aku terima bulat2, supaya dia lega. m*** syg mama, walau apa2 pun yg jadi, kasih syg tuu tetap akan ada dan m*** mintak maaf sebab m*** xdapat jadi anak mcm yg mama nak, kdg2 m*** rasa dah buat yg terbaik, tapi, mungkin, memg ada salah. m*** mintak maaf mama, taknak jadi anak derhaka..

story about papa. yang memang mengejutkan aku. cara hidup dia, semuanyaa mengejutkan aku. semenjak dari muda and mungkin smpai saat ni, perempuan keliling pinggang. terlalu ramai sgt perempuan yg dia kenal, dan yang mungkin dah dia rosakkan.. :(  bila dengar, aku sedih. aku berharap sgt2 semua cerita tu, cerita bohong, tapi apa yang betul, selalunya memang memahitkan. aku terima semua tu. sejak dari muda, smpai dah kahwin pun, papa masih dengan cara hidup dia, sebab tuu, kdg2 tuu, papa xbalik rumah. masa ni, barulahh aku faham, kenapa papa selalu xbalik malam2.

papa pulak, jenis yg pendam perasaan. kalau ada apa2, dia akan diamkan je. walau apa2 pun yg jadi, walau mcm mana pun m*** nak salahkan papa atas apa yg dah jadi ni, m*** tetap syg papa, sebagai ayah. mintak maaf jugak sebab m*** tauu, selalu tak ikut ckp papa dan bnyak dengan mama selalu. m*** terdesak. m*** syg dua2.. :'(

m*** syg dua2, dan kalau diberi pilihan, m*** yang dulu nak pergi sebelum mama/papa pergi.
walau apa2 pun yg papa dan mama tengok dari luaran ni, m*** ni nampak mcm xkessah, nampak mcm buat bodoh, buat tak tauu je, sebenarnyaa tak. setiap saat, setiap masa, pikir pasal bnda ni. selepas solat, setiap kali tu, doa kesejahteraan kita. mungkin tak cukup tawaduk doa tuu..

THEN, semasa SPM memang sungguh bnyak dugaan. masa darjah 1, aku pernah ckp, papa ada beli flat kan? dengan kuasa Allah jugak, flat yg atas nama mama tuu ditarik balik sebab papa xbyr.. sekarang ni, berpindah dari satu rumah ke rumah sewa yg lain..
semasa tengah SPM, teman mama pergi cari rumah sewa pukul 3 4 pagi.. tension, menangis mcm org gila, orang lain xpernah nampak, aku menangis dalam bilik sorg2.

hujung tahun 2009, aku tekad, aku taknak apa yg dah jadi dalam keluarga aku, jadi pada org lain. AKU TEKAD TAKNAK SESIAPA DALAM HIDUP AKU SELAIN FAMILY DAN KAWAN2 JE. aku tekad, kalau masuk U, aku akan belajar betul2 untuk balas jasa mama, bersengkang mata siang malam, meniaga, nak sara aku dan adik2, papa pulak mcm langsung dahh xada fungsi.. duit sara xbagi, kdg2 tuu, buat rumah mcm hotel.

2000-2010 ( part 1 )

dalam tempoh 10 tahun (2000-2010) ni pulakk. terlalu bnyak sgt benda yang jadi. dari detik mula hancurnya kebahagiaan dalam hidup aku, smpailah tahun aku mula kenal alam universiti. banyak sgt yang dah jadi, cuma kali ni aku akan ceritakan perkara2 yang memang xboleh padam dari kotak memori aku ni...x ikut masa, xingat sgt sebenarnya, haha~

MULA-MULA, masa darjah dua, aku mimpi, mama bunuh diri. bangun2 tuu, aku menangis dengan sgt teresak2, bangun, aku terus lari peluk mama, menangis bagai nak gila. aku sayang mama, aku taknak mama pergi.. masa tuu, mama tanya aku, "kenapa?", aku cerita laa mimpi aku sambil teresak2 nanges, mama gelak.. haha, lawak rupanya. :p
mama siap cerita dengan papa gelak2. aku marah mama masa tu, orang sedih, dia boleh gelak2. sengal~ haha.

LEPAS TU, ni masa darjah enam. PERISTIWA YANG INI, MEMANG X AKAN LUPUT DARI INGATAN AKU SAMPAI BILA2.
satu hari tuu, mama mcm marah dengan aku.. sebab, dia tengah nak cepat, aku pulak dah janji dengan kawan2, mintak mama hantar kitorg pergi Perpustakaan Negara (PNM), nak siapkan hw.. dia marah aku bagai nak gila. (P/s : mama, kalau dah marah.. PEHHH. ) aku, yang selama ni diam, kalau dia marah, xmenjawab kalau dia marah, kali ni, entah kenapa, aku cmpak fail yg aku pegang ke atas dashboard kereta. menggigil tangan aku masa tu.. tiba2, mama cakap something yg aku rasa anak mana pun dengar, akan sedih sgt3, dan itulah yg aku rasa. "ANTARA KAU DENGAN ADIK2 KAU, AKU LAGI SAYANG ADIK2 KAU!". walaupun dah 7 tahun berlalu, tapi, ayat tu masih terngiang2 dalam telinga aku. masa tuu, aku tak fikir apa2, aku cuma diam, pandang bawah, aku tahan air mata aku, aku genggam kuat2 tgn aku yg menggigil. jantung aku berdetak laju sgt2. smpai, dekat rumah, masa tunggu kawan2 siap, dari seat depan, aku ubah seat ke belakang, masa tu, aku diam, mama pun diam. aku cuma tgk bawah je. then, kwn2 masuk. faarihah, kwn aku yg sgt2 baik, duduk sebelah aku, tiba2 dia tegur aku, "kenapa ni, muka awak muram sgt ni kenapa?". masa tu jugak aku dapat tangkap, mata mama terus tgk aku dekat cermin depan tuu, aku pksa diri senyum, aku geleng kepala.

NEXT, aku dipukul. Hmm, sejujurnyaa, aku xkisah sgt pasal kene pukul ni, xde effect apa2 pun kat aku. cuma, kdg2 aku teringat jelah. kalau nak diikutkan, masa aku kecik2 dulu, kalau aku ade buat salah ke, atau time tuu, mungkin mama tengah bad mood, aku pulak mcm2, haha.. memang kene laa. aku hampir2 lupa je peristiwa2 kene pukul ni sebenarnya. kalau kene pukul tuu, memg laaa, xde yang lembut2nya, paling aku ingat, sambil2 dipukul tu, rambut ditarik. tapi, seriously, aku da lupa mcm mana rasanya. haha~
then, seterusnya, first time kena pukul/tampar dengan papa. dalam kereta. masa tuu, darjah 4. aku ingat lagi. mama mintak aku ckp something kat papa, and aku tauu, ayat yg mama bagi tuu, mcm agak kurang asam sikit, tapi, aku cakap jela. then papa tiba2 sgt marah and terus tampar aku. aku menangis masa tuu jugak. depan adik2, depan mama aku kene tampar. tu jelah.

KALAU tadi, aku yang dipukul, tapi this time aku nak share, pasal mama pulak kene pukul. yes. mama agak kerap jugak kene pukul dengan papa.. aku dengar setiap esak tangis, setiap jerit mama bila papa pukul mama. tapi, aku cuma mampu menangis je. aku tak ada daya upaya nak lawan semua tu. mintak maaf mama.

okayy. blank kat sini. untuk post kali ni. cukup setakat ni.

1999

semuanya sgt2 best masa tu. lower school. darjah 1. student darjah 1 paling pandai dalam sekolah tu. markah exam memang tak sah kalau tak 90% ke atas. ALAHAI, ape laa sgt, haha~ baru subjek2 darjah 1 kan time tu. cikgu2 pun semua sayang betullah dgn aku, ape2 hal, sebut nama aku. aku agak bangga laa kan,haha. :p

and, have a perfect family. ade papa yang sgt penyayang, mama yang sangat penyayang. masa ni, belum ada adik2 lagi rasanya. ehh, ada2, tapi kecik2 belaka, haha~ papa is working as a personal driver, for that Dato' R.A.U. well, family majikan papa sgt2 baik, wife die terutamanya, very kind to us. mama pulak kerjanya, buat kuih je. it's her passion, so, papa bagi jela. kitorg hidup dalam keadaan yang sangat2 sederhana. dari rumah setinggan ke rumah flat, papa beli rumah flat atas nama mama, every month, bayar. thanx to papa coz sara kitorg.
alhamdulillah :)

setiap kali makan, xkira la, sarapan, makan tengah hari, makan malam, best sgt2. mama selalu masak, lauk mama masak, semua best2. ngee, air tangan ibu kan? mesti la best! haha~
kitorg duduk satu meja, makan sama-sama, lepas tu, tgk tv sama2. ^^

every weekend, memg xsah kalau papa x bawak aku n mama jalan2 sekali. kadang2 pergi mandi sungai, kadang2 picnic kat pantai and kadang2, pergi funfair. happy sgt2 masa tu! ouhh, and tiap2 malam, mama akan ulangkaji sekali dengan aku, ape yg aku stdy kat sekolah, dia akan ajar semula kat rumah. and then, mama ajar baca muqaddam, iqra' semua, dalam masa yg singkat je, aku terus dapat baca al-Quran. hehe, again, bangga! ^^

but then, entah kenapa, satu hari, papa mula xbalik rumah, malam2 selalu xde. mama pulak asyik marah2. kadang2 ckp dalam telefon menangis2. kadang2, marah dekat aku tiba2. aku menangis. setiap kali aku menangis tu, aku akan sebut nama papa. aku nak papa, mama jahat.

aku x faham apa-apa masa tuu, then tiba2, satu hari, mama telefon sorang perempuan, dia mintak aku cakap dengan perempuan tuu, jangan kacau papa, die suruh cakap, aku syg papa aku. aku memg xfaham apa2 masa tu, aku cuma ckp je, tapi dlm masa yg sama, tiba-tiba aku menangis. budak darjah 1, tahu apa?

sejak dari tuu, result mula menurun and last2, result exam akhir jatuh merudum.

!first post!

okayy. first post selalunya akan jadi something yang sgt formal and bored. haha~
but this time, i'll make it simple. okayy, this blog is specially made by me to share everything about me, my life, what i feel and what i thought. so, kalau xde follower pun, LAGI BAGUS! haha~
might be surprising, but, i'll share anything that happen to me. maybe akan nampak kebodohan diri sendiri jugak, haha~

so, hee, satu2nyaa follower yg ada tuu kan, kalau da baca tuu, PLEASE! do keep it secret okayy? hee. the rest, KALAU ADA YG BACA laa, kan, hopefully xde laa, but incase, kalau ada..haha,
baca kat blog, then habis kat blog je. xyahh nak bukak kedai kopi sana sini,ADE FAHAM? haha~

so, first and foremost. WELCOME TO MY LIFE.